:)
Sabtu, 18 Januari 2014 . 0 word(s) .

Alright, topik kali ini. Tips nak mengorat. Bunyi macam agak senget. Hihi. Ini tips untuk pompuan nak ngorat lelaki sahaja, okay. Biasa lah zaman sekarang kan sudah moden. Kalau dulu, lelaki lah yang duk jadi kumbang mencari bunganya tapi sekarang, perigi cari timba. Memang pernah dengar dari member sendiri *budak lelaki* tapi tak pastilah pula kesahihannya betul atau tak. Haha. *merepek* So check it out !
1. Kenal
pasti orang yang korang nak ngorat tu macam mana. Kalau dia tu suka
makan korang kenalah belanja dia makan. Tapi Nampak tak macho pula
pompuan belanja laki makan. Hik3. Tak pun korang boleh lah masak untuk
laki tu. Nampak arh jugak ada cirri-ciri bakal istri yang dicari cari.
Lepas dapat ngorat boleh kawen terus.
2. Tak kisah lah korang nak masak apa, janji sedap. Setakat telur
goreng, nasi putih dan kicap pun dah cukup. Janji Nampak usaha korang
untuk bagi bakal boipren korang tu makan. *Tapi tak semua laki suka.
Sekrg diorang lg terror masak setakat macam tu*
3. Ajak lah laki tu keluar. Kalau korang segan, bagi lah alasan yang
bombastik. Tak mau lah setakat nak temankan g window shoping. Macam
alasan tu tak kukuh. Cuba try, “Awak.. awak boleh temankan saya keluar
tak? Saya nak beli hadiah birthday untuk ayah saya lah.. Saya tak tahu
taste laki macam mana. Kalau awak ada, senang lah saya. Tapi kalau awak
tak boleh teman, taka pa lah..” atau pun yang ni. “Boleh tak temankan
saya g ____ *mana2 yang korang suka*. Saya takut lah nanti ada penyimbah
acid, peragut, bla.. bla.. bla..” Ayat terakhir itu harusnya okay.
Barulah laki tu rasa serba salah kalau tak temankan korang. Kena saiko
sikit dia tuh. HAHA.
4. Bila dah keluar tu, jangan lah busuk busuk. Mesti pakai perfume. Tapi
janganlah over sangat. Taku takut laki tu pengsan pulak. Tapi kalau
pengsan bagus juga bolehlah buat CPR.
5. Korang pakai lah pakaian yang sedap mata memandang. Janganlah pakai
baju yang terlalu sexy. Sexy sikit sikit taka pa lah. Haha. *sila
abaikan tips yang tidak berguna* Kena tutup aurat nanti tak pasal pasal
laki tu nak menggatal. Karang dia suka bukan sebab sayang tapi sebab
nafsu.
6. Kalau time tu dah nak sampai birthday orang yang korang nak ngorat
tu, korang buatlah surprise party. Kalau nak romantic, buatlah dekat
tepi tasik atau mana mana lah. Kalau segan ajak member sekali. Tapi
wajib lah ada member, karang kena tangkap basah pula. Bolehlah kawen
terus. *sila abaikan sekali lagi.* Ha, hidangan untuk makanan tu
bolehlah korang masak sendiri. Masaklah apa pun janji ada macam tips no.
2.
7. Hadiah jangan lupa. Kalau sebelum ni, dia cakap, dia suka sangat
tengok jersi Manchester United. Tapi nak beli mahal sangat. Lagipun dia
masih study. Kalau yang dah kerja pula, gaji cukup cukup makan je, nak
bagi mak duit kat kampong lagi. Ni lah lelaki yang kita cari. So, korang
kumpul lah duit sikit sikit. Alaa, bukannya selalu. Birthday pun
setahun sekali je kan. So belikanlah dan bagi dia. Mesti dia suka punya
lah.
8. Bila time korang dating, tengah makan ke. Kalau ada tisu, ambil tisu
tu dan tulis, “Saya suka tengok awak makan.. Comel sangat..” Lepas tu
bagi tisu tu dekat laki tu. Confirm laki tu akan tersipu sipu malu.
Aiseh! Dan lepas tu confirm laki tu simpan tisu tu siap frame lagi dekat
rumah. Untuk merealisasikan tips ni. Kenalah simpan pen dalam handbag.
Kalau tak, mana nak dating pen dekat kedai makan tu.
Okay, cukup lah tips untuk mengorat. Selamat mencuba buat mereka yang
ada berkenan kat sesapa. Tapi buat yang da ada boipren jangan sesekali
buat tau. Kalau saya dah tak boleh, sebab kekanda saya dah selamat
mengorat saya. Tapi rasa macam nak try gak tips nih berkesan atau tak.
Hihi. Itu maknanya kena ngorat laki lain lah camni. Siapa agaknya ea?
HAHA! *jangan marah awak*
